Wikipedia

Search results

Thursday, 8 January 2015


Selamat Datang ke Blog Parameswara Majapahit

Istana Kesultanan Melayu Melaka
                                                -LAKARAN WAJAH PARAMESWARA-
Biodata Parameswara:
-Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari     Palembang, Sumatera.
-Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Temasik (Singapura) terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya.(Jawa) 
-Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.
- Nama Lain Parameswara: 
         >Paduka Sri Maharaja Parameswara
         >-Raja Iskandar Shah (Selepas memeluk islam)


Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.



Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.


Kejayaan Melaka

 -Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar    kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat.
-Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya.
-Melaka berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya .
-Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka.
- Contoh negeri tersebut ialah : Bernam, Klang, Selangor, sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka.

-Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan.

-Pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


Kejatuhan Melaka
Kelemahan Pemimpin
1) Kematian Tun Perak
Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim
2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir
-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan
3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud
-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah

Kelemahan Askar Melaka
-Askar Portugis lebih terlatih
-Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan Tentera di Goa, India
-Angkatan Perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
-Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri

-Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap


Kedatangan portugis
- Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira
- Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan
- Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.


- Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka.
- Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru
- Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar dan Mangkat di sana.

Masalah perpaduan
Persaingan antara orang Melayu Muslim dengan orang India Muslim dalam mendapatkan pengaruh
Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
Raja Mendeliar menuduh Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan